Tour Overview – Bali + Nusa Penida (2 Hari 1 Malam)

Nikmati pengalaman percutian ringkas namun penuh kenangan di Bali & Nusa Penida dalam pakej 2 hari 1 malam ini. Dikhususkan untuk anda yang ingin menikmati keindahan pulau tropika dalam masa yang singkat tetapi padat dengan aktiviti menarik, pakej ini menggabungkan destinasi popular di daratan Bali serta pesona semula jadi Nusa Penida.

Hari pertama anda akan disambut mesra sebaik tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai. Perjalanan diteruskan ke Tanjung Benoa untuk aktiviti air seperti banana boat, sebelum menjamu selera di restoran tempatan terkenal. Seterusnya, anda akan dibawa ke Pantai Pandawa untuk bersantai dan menikmati pemandangan, serta menyaksikan matahari terbenam yang memukau dari tebing Pura Uluwatu. Malam anda akan diakhiri dengan makan malam romantik di Jimbaran sambil ditemani angin pantai.

Hari kedua adalah kemuncak trip – meneroka Nusa Penida yang terkenal dengan landskap dramatik dan pantai eksotik. Anda akan mengunjungi tempat ikonik seperti Kelingking Beach, Angel’s Billabong, Broken Beach dan Crystal Bay. Setiap lokasi menjanjikan pemandangan yang menakjubkan dan sesuai untuk foto Instagram yang sempurna. Selepas seharian yang mengujakan, anda akan dibawa pulang ke Sanur dan terus ke lapangan terbang.

Pakej tour bali ini direka khas untuk pasangan, keluarga mahupun pelancong solo yang ingin pengalaman terbaik dalam masa terhad.

Tour Highlights

  • Aktiviti watersport di Tanjung Benoa (termasuk Banana Boat)
  • Santai di Pantai Pandawa & sunset di Uluwatu Cliff Temple
  • Makan malam romantik seafood di pantai Jimbaran
  • One Day Trip ke Nusa Penida – lawatan ke 4 lokasi paling ikonik:
    ✔ Kelingking Beach
    ✔ Angel’s Billabong
    ✔ Broken Beach
    ✔ Crystal Bay
  • Private tour & penginapan selesa
  • Sesuai untuk trip pendek, honeymoon atau surprise getaway

Program Percutian Bali + Nusa Penida (2H1M)

Fullboard Tour | Private Trip | Sesuai untuk pasangan, keluarga & rakan-rakan

Hari 1: Ketibaan di Bali – Watersport – Pantai & Sunset – Romantic Dinner

(Makan Tengahari, Makan Malam disediakan)

  • Tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai – disambut mesra oleh team kami.
  • Bergerak ke Tanjung Benoa – berseronok dengan 1x aktiviti Banana Boat (percuma).
  • Makan tengahari di restoran terkenal: Nasi Ayam Jimbaran (menu lain tersedia ikut citarasa).
  • Seterusnya ke Pantai Pandawa – aktiviti santai, bermain canoe atau hanya menikmati keindahan pantai.
  • Nikmati pemandangan sunset yang memukau di tebing indah Pura Uluwatu.
  • Makan malam romantik seafood di tepi pantai Jimbaran – suasana yang mempesonakan.
  • Check-in hotel (check-in paling awal jam 2 petang). Rehat & bersedia untuk hari esok.

Hari 2: Nusa Penida Day Trip – Syurga Tersembunyi di Bali

(Sarapan, Makan Tengahari disediakan)

  • Sarapan di hotel atau sediakan breakfast box.
  • Dihantar ke Pelabuhan Sanur – menaiki fast boat ke Nusa Penida.
  • Ketibaan di Nusa Penida – disambut oleh team lokal yang mesra.
  • Lawatan dimulakan ke:
    1. Kelingking Beach – tebing curam seperti tulang dinosaur, spot paling ikonik.
    2. Angel’s Billabong – kolam semula jadi dengan air jernih & pemandangan menakjubkan.
    3. Broken Beach – formasi semulajadi menyerupai gerbang besar di laut.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Seterusnya ke Crystal Bay – masa untuk berenang atau bersantai di pantai.
  • Bertolak pulang ke Sanur dengan fast boat.
  • Diantar terus ke Lapangan Terbang – selamat jalan & sampai jumpa lagi di Bali!

Tour Bali Termasuk:

  • Penginapan 1 malam di hotel pilihan
  • Makanan seperti dalam aturcara
  • Private transport sepanjang trip
  • Tiket fastboat & entrance fees
  • Pemandu merangkap tour guide friendly

Tour Bali Tidak Termasuk:

  • Perbelanjaan peribadi seperti membeli-belah, dobi, dan lain-lain
  • Tip untuk pemandu / pemandu pelancong (atas kerelaan dan kepuasan hati)
  • Aktiviti tambahan atau opsyenal yang tidak termasuk dalam jadual asal