Tour Overview
Pakej Percutian Bali 2H1M Termasuk Taman Ayun & GWK – Alami keindahan dan keunikan budaya Bali dalam percutian singkat selama 2 hari 1 malam bersama Aulia Travel. Pakej ini direka khas untuk anda yang ingin menjelajah tempat-tempat ikonik di Bali tanpa perlu tergesa-gesa. Sesuai untuk pasangan, keluarga mahupun kumpulan kecil yang ingin bercuti secara selesa dan penuh pengalaman menarik.
Pada hari pertama, anda akan disambut mesra sebaik tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai. Lawatan bermula dengan kunjungan ke Taman Ayun, sebuah taman diraja yang tenang dan bersejarah. Seterusnya, anda akan menikmati keindahan Pura Ulun Danu Beratan di tepi tasik, sebelum menikmati makan tengah hari di kawasan sejuk Bedugul. Petang diteruskan dengan menjelajah hutan kecil Alas Kedaton dan menyaksikan matahari terbenam yang menakjubkan di Tanah Lot. Hari ditutup dengan makan malam seafood romantik di Jimbaran sebelum daftar masuk hotel.
Hari kedua dimulakan dengan sarapan dan lawatan ke Tanjung Benoa, pusat sukan air paling popular di Bali. Perjalanan diteruskan ke Taman Garuda Wisnu Kencana (GWK) dan Pantai Pandawa, pantai tersembunyi yang indah. Sebelum kembali, anda akan mengunjungi Pura Uluwatu yang ikonik dan membeli-belah di Krisna Oleh-Oleh. Pakej ini bukan sekadar lawatan, ia adalah pengalaman menyeluruh untuk merasai jiwa dan pesona Bali.
Tour Highlights
- Lawatan ke Taman Ayun, taman diraja warisan dunia UNESCO.
- Mengagumi keindahan Ulun Danu Beratan di tepi tasik.
- Pemandangan matahari terbenam di Tanah Lot Temple yang ikonik.
- Makan malam istimewa seafood di Jimbaran dengan suasana pantai.
- Aktiviti sukan air di Tanjung Benoa (opsyenal).
- Bergambar di Garuda Wisnu Kencana (GWK) dan Pantai Pandawa.
- Melawat Pura Uluwatu, kuil tepi tebing yang dramatik.
- Waktu bebas membeli cenderahati di Krisna Oleh-Oleh.
Pakej Percutian Bali Taman Ayun 2 Hari 1 Malam
Pakej percutian bali singkat yang padat dengan pengalaman berharga. Sesuai untuk pasangan, keluarga, mahupun kumpulan pelancong yang ingin menikmati tour Bali secara santai tetapi lengkap.
Hari Pertama: Ketibaan – Bedugul – Taman Ayun (L/D)
- Tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar.
- Disambut mesra oleh pemandu pelancong kami yang ramah.
- Lawatan dimulakan ke Taman Ayun, taman diraja yang dikelilingi oleh kolam dan lanskap tradisional Bali yang tenang.
- Seterusnya, kunjungan ke Ulun Danu Beratan, pura yang ikonik di tepi tasik dengan suasana yang sangat memukau.
- Menikmati makan tengah hari di kawasan sejuk dan nyaman di Bedugul.
- Lawatan diteruskan ke Alas Kedaton, hutan kecil yang dihuni oleh monyet jinak dan kelawar besar.
- Kemudian menikmati panorama matahari terbenam yang menakjubkan di Tanah Lot, salah satu tempat ikonik di Bali.
- Makan malam eksklusif dengan hidangan seafood di Pantai Jimbaran, suasana romantik di tepi pantai.
- Bertolak ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.
- Program bebas untuk menikmati malam di Bali.
Hari Kedua: Tanjung Benoa – Uluwatu – Lapangan Terbang (B/L)
- Sarapan pagi di hotel dan bersiap untuk aktiviti hari kedua.
- Check-out dari hotel dan dijemput oleh pemandu pelancong.
- Menuju ke Tanjung Benoa, syurga aktiviti sukan air – anda boleh cuba parasailing, banana boat, atau lawatan ke Pulau Penyu (aktiviti pilihan).
- Kemudian ke Garuda Wisnu Kencana (GWK), taman budaya yang menampilkan patung ikonik dewa Wisnu yang megah.
- Makan tengah hari di kawasan GWK dengan pemandangan menarik.
- Seterusnya melawat ke Pantai Pandawa, pantai tersembunyi dengan pasir putih yang bersih dan air laut yang jernih.
- Lawatan ke Pura Uluwatu, kuil suci di atas tebing yang menghadap Lautan Hindi, terkenal dengan pemandangan sunset yang luar biasa.
- Berhenti untuk membeli cenderahati di Krisna Oleh-Oleh, tempat membeli-belah terkenal di Bali.
- Dihantar ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang.
- Sampai jumpa lagi di percutian akan datang bersama Aulia Travel!
Pakej Termasuk
- Penginapan 1 malam di hotel berbintang (sebilik berkongsi – twin/triple)
- Transport Full AC
- Tiket masuk ke semua tempat lawatan seperti dalam itinerari
- Makan sesuai program (2x Makan Tengah Hari, 1x Makan di Jimbaran, Makan Pagi dihotel)
- Air mineral setiap hari dalam kenderaan
- Parkir kereta
Pakej Tidak Termasuk
- Tiket penerbangan pergi & balik ke Bali
- Aktiviti pilihan di Tanjung Benoa (seperti parasailing, banana boat, lawatan Pulau Penyu)
- Perbelanjaan peribadi (souvenir, makanan tambahan, laundry, dll.)
- Tipping untuk pemandu & pemandu pelancong (dicadangkan RM10/pax/hari)
- Insurans perjalanan (disarankan untuk ambil sendiri sebelum berangkat)
- Sebarang item yang tidak dinyatakan dalam bahagian “Pakej Termasuk”